Info Dan Tempat Menarik Jika Anda Ke Lenggong, Perak

SHARE:

Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara negeri Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.



Info Berkenaan Lenggong, Perak.

Sejarah Awal Lenggong

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar.  Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya.  Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).

 Dengan bersusah payah ia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya.  Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya.  Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya.  Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong".  Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

Ada pula yang menceritakan, orang yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami di daerah Lenggong ini ialah seorang Semang juga yang bernama "Lenggong", jadi nama Lenggong yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang Semang yang tersebut itu.


Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung.  Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong".  Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".

Panduan Ke Lenggong

1. Melalui Lebuhraya PLUS, sila keluar di "Exit 143 : Kuala Kangsar"
2. Selepas Tol, sila menghala terus ke Gerik melepasi Lubuk Merbau dan Sauk. Lenggong terletak dalam perjalanan ke Gerik, kira-kira 48 km daripada Tol Kuala Kangsar.
3. Perjalanan akan melalui Jambatan Raja Muda Nazrin Shah
4. Teruskan perjalanan sehingga menjumpai papan tanda Lenggong yang terletak lebih kurang 9km dari lampu isyarat selepas Jambatan Raja Muda Nazrin Shah

Melakukan perjalanan dengan menaiki bas dari:

i) Kuala Lumpur

Bas Ekspress Transnasional Dari Terminal Jalan Duta, 2 trip setiap hari, 9 pagi dan 11.00 malam. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah melalui Lebuhraya Utara Selatan.
ii) Ipoh

Dari Stesen Bas Medan Kidd, Perak Roadways melakukan perjalanan bas dengan kekerapan 1 jam sekali melalui jalan lama Ipoh – Sg. Siput - K.Kangsar – Lenggong. Tempoh perjalanan kira-kira 1 jam setengah.
iii) Kuala Kangsar


Dari Stesen Bas Kuala Kangsar, Red & Yellow Omni Bus melakukan perjalanan bas dengan kekerapan 45 minit sekali dengan tempoh perjalanan kira-kira 1 jam.



Pengangkutan Awam di Lenggong:

Bas
Inter bus: Red & Yellow Omni Bus

Teksi
Dari Kuala Kangsar ke Lenggong

Talian Kecemasan:

Balai Polis Lenggong – 05-7677222
Balai Bomba Lenggong – 05-7677444
Klinik Kesihatan Lenggong - 05-7677355

Peta Lenggong


Sumber : Majlis Daerah Lenggong

COMMENTS

Lazada Malaysia
-
Nama

Aiskrim Art Bunga Cable Car Langkawi Cafe Chinese Food Desaru Fakta Food Review Gambar Gayat Homestay Indonesia Ipoh Istanbul Johor Kedah Kota Tinggi Kuala Lumpur Langkawi Langkawi Skycab Lenggong Luar Negara Makanan Maldives N. Sembilan Pahang Pantai Timur Perak Percutian Pulau Pulau Langkawi Pulau Perhentian Resort Sabah Selangor selfie swafoto Terengganu Terkini Tips Travel Trend Waterpark
false
ltr
item
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik: Info Dan Tempat Menarik Jika Anda Ke Lenggong, Perak
Info Dan Tempat Menarik Jika Anda Ke Lenggong, Perak
Info Menarik Tentang Latar Belakang Lenggong Panduan Ke Lenggong Peta Lenggong, Pengangkutan Awam,Tempat Makan & Beli-Belah, Tempat-tempat Menarik, Tempat Ibadat, Pendidikan, Tempat Penginapan, Talian Kecemasan
https://4.bp.blogspot.com/-1albqvgwgf4/VpSUWJMoAWI/AAAAAAAAAdo/pOX8ZUOdJME/s400/Info%2BDan%2BTempat%2BMenarik%2BJika%2BAnda%2BKe%2BLenggong.JPG
https://4.bp.blogspot.com/-1albqvgwgf4/VpSUWJMoAWI/AAAAAAAAAdo/pOX8ZUOdJME/s72-c/Info%2BDan%2BTempat%2BMenarik%2BJika%2BAnda%2BKe%2BLenggong.JPG
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik
https://www.kalerful.com/2016/01/info-dan-tempat-menarik-jika-anda-ke.html
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/2016/01/info-dan-tempat-menarik-jika-anda-ke.html
true
2044314096369409462
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy