Tips Melancong Ke Sabah

SHARE:



Cuti sekolah ini seperti biasa akan ramai org Semenanjung dtg ke Sabah. So saya nak beritahu serba sedikit info dan tips kpd mereka yg langsung tak pernah dtg ke Sabah.

Layak ke saya bercakap utk Sabah... Layak tak layak masih ramai org Sabah yg tak pernah keliling satu Sabah mcm saya. Tak percaya... Isteri saya ke Semporna dan Tawau pun tak pernah. Malah ada pekerja saya yg hanya tinggal di Kundansang tapi belum pernah turun KK....fakta.

Ok berbalik kpd tips atau info dtg ke Sabah. Pertama jgn ingat org Sabah tinggal di hutan. Salah Menteri Pelancongan Sabah juga hanya fokus kpd pelancongan alam semulajadi yg memang terkenal cantik. Jadi bila turun dari flight jgn berangan kononnya hampa mcm baru turun dari Los Angelas. Sebab org Sabah ini sama moden dgn Semenanjung kecuali kawasan pendalaman.

Malah org Sabah tak hairan mcm 70 an dulu bila lihat org Semenanjung sebab di KK sahaja tak kurang 80 ribu org Semenanjung tinggal cari makan atau belajar di sini termasuklah diriku.

Bila sampai Airport KKIA ( MAS/ Malindo) jgn terkejut melihat airport yg besar kerana airport ini adalah yg kedua terbesar selepas KLIA. Penerbangan antarabangsa dari Hong Kong, China, Korea, Jakarta, Bali, Kuching, KL, Kota Bharu, Penang, JB, Labuan, Miri, Bintulu, Sibu dan bandar2 di Sabah.

Jika turun di KK, kebiasaan mereka akn melancong ke Pulau Sapi, Manukan dan beberapa Pulau lagi yg hanya 20 minit dari bandar KK. Pulau2 itu cantik seperti P. Perhentian. Apapun kalau kaki pulau kalau nak pergi tempat mcm heaven kena pergi Semporna mcm Adik saya ( dalam gambar ). Mcm kawan saya cakap kalau nak berjinak jinak dgn pulau jgn pergi ke Semporna dulu nanti tak ada selera nak pergi pulau2 yg lain. KK ke Semporna mcm KL ke Kota Bharu. Kalau rajin pergi la.

Begitu juga kalau nak tgk org hutan bukan di KK tapi di Sandakan. Pergi Sandakan mcm dari KL ke Johor Bharu. Sabah ini besarnya separuh Semenanjung.

Selepas itu kebiasaannya pelancong mesti ke Kundansang. Nak pergi ke sana kalau nak bergambar kena bertolak lepas Subuh dari KK. Dpt pemandu yg gila, boleh sampai 1 jam 30 minit. Pemandangan yg cantik boleh dilihat antara jam 7 pagi hingga 10 pagi. Selepas itu takut kabus menyeliputi nanti takut org tgk gambar dkt Facebook dorang ingat hampa bergambar di Cameron Highland. Gunung Kinabalu tak nampak. Yg penting sampai Kundansang mesti pergi Desa Cattle. Kot2 nak menyamar atau berangan kononnya pergi New Zealand.

Tip Of Borneo. Kalau setakat melancong 3 hari ke sini tak perlu pergi. Tak berbaloi utk merasai anda lah org yg berdiri paling tinggi atau hujung kepulauan Borneo. Sebab perjalanannya mengambil masa 3 jam. Lepas tu tak tau nak buat apa. Pekan Kudat pula 40 minit perjalanan. Kudat pula macam bandar Parit pula so biarlah org Semenanjung yg tinggal di Sabah ni je yg pergi ke sana.

Penggemar kedai Mamak pula, di sini kurang la rasanya berbanding Pelita, Zubaidah, Kayu dan sebagainya. Boleh makan. Teh tarik pun bukan Mamak yg buat. Nak cari restoran Seafood pula byk di kawasan pantai di bandar KK. Cuba cari kedai yg bersih bro takut sakit perut.

Lepas tu kalau makan di restoran di KK, jangan panik bila mereka berikan sup satu sorang. Itu adalah percuma. Yg terbaik kpd org yg tahu jaga kesihatan... Pergilah mana2 gerai makan, pasti ada lemon. Bukan mcm Semenanjung payah nak cari restoran yg ada lemon.

Nak pesan satu perkara yg penting, kalau bercakap dgn org sini, tak perlulah mengada ngada nak cakap bah, bah, bah... Bukan semua benda mereka gunakan bah. Malah mereka akn mengata belakang kamu macam mengejek mereka. Ok guna bahasa Melayu sahaja sebab rata2 org Sabah yg duduk di KK ni samada holiday, belajar, bekerja selalu ke Semenanjung.

Yg murah di Sabah adalah barangan Seafood dia sahaja. Yg lain semuanya lebih mahal dari Semenanjung. Seeloknya tak perlu masuk shopping mall sebab di KL jauh lebih byk pilihan.

Anjing. Masalah org Melayu bila berkunjung ke Kundansang dan sebagainya. Anjing memang banyak tapi pedulikan sebab anjing di Sabah ini tahu menghormati manusia. Tak mcm kat Semenanjung anjing asyik perembat org.

Ooo... Lupa Pasar Philipine. Nama Pasar ini diberikan nama Philipine disebabkan PBB menyerahkan hak kawasan tersebut utk warga negara tersebut. Panjang kalau nak ceritakan. Tempat ini memang wajib bagi kaum ibu dtg ke KK. Ibu saya dulu saya sibuk nak menikah dia dan kawan2 sibuk ke Pasar Philipine dulu.

Lagi satu nak bawa balik udang galah. Nak murah beli dkt pasar. Kalau beli dkt airport mahal. Memang mereka dah siap frozen sebab pelancong Semenanjung kalau dtg itulah yg dicarinya sejak 20 tahun dulu.

Jgn terkejut ramai org putih, Korea dan China di sini. Mereka tak pergi KL tapi mereka suka pergi tempat menarik di Sabah. Lupa kalau siapa peminat White Water Rafting... Ia berada di Tenom. 3 jam perjalanan dari KK. Bandar kecil tapi ramai Mat Salih mcm di Semporna. Mat Salih pergi ke Tenom sebab di sana White Water Rafting dia bertaraf 5 bintang ( terbaik di Asia Tenggara ).


Gambar :






Sumber : Norman Liverpool

COMMENTS

Lazada Malaysia
-
Nama

Aiskrim Art Bunga Cable Car Langkawi Cafe Chinese Food Desaru Fakta Food Review Gambar Gayat Homestay Indonesia Ipoh Istanbul Johor Kedah Kota Tinggi Kuala Lumpur Langkawi Langkawi Skycab Lenggong Luar Negara Makanan Maldives N. Sembilan Pahang Pantai Timur Perak Percutian Pulau Pulau Langkawi Pulau Perhentian Resort Sabah Selangor selfie swafoto Terengganu Terkini Tips Travel Trend Waterpark
false
ltr
item
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik: Tips Melancong Ke Sabah
Tips Melancong Ke Sabah
http://4.bp.blogspot.com/-pte4_SC29YU/VnK6ZxDPNoI/AAAAAAAAATs/mXIkaFMxPg0/s320/12243001_1049412731758421_2024773282695784143_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-pte4_SC29YU/VnK6ZxDPNoI/AAAAAAAAATs/mXIkaFMxPg0/s72-c/12243001_1049412731758421_2024773282695784143_n.jpg
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik
https://www.kalerful.com/2015/12/tips-melancong-ke-sabah.html
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/2015/12/tips-melancong-ke-sabah.html
true
2044314096369409462
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy