5 Fakta Menarik Tentang Rayani Air Yang Korang Perlu Tahu

SHARE:


Kalerful.com - Rayani Air  adalah syarikt penerbangan yang membuat penerbangan sulung pada 20 Disember lalu mencuri tumpuan dunia apabila memilih untuk menjadi syarikat penerbangan yang patuh syariah pertama di Malaysia.

Usaha pasangan perniagaan Ravi Alagendran dan Karthiyani Govindan tetap menerima pandangan positif dan kritikan dari seluruh pelosok dunia.

Berikut 5 fakta menarik tentang Rayani Air yang korang perlu tahu :

1.Patuh syariat Islam

Bermakna, syarikat penerbangan ini mematuhi undang-undang Islam. Selain menyajikan menu halal, doa perjalanan juga dibacakan sebelum pesawat berlepas.

Syarikat penerbangan ini turut tidak membenarkan makanan dan minuman tidak halal dihidangkan dalam penerbangan.

Selain itu, semua anak kapal yang beragama Islam turut diwajibkan menutup aurat manakala bagi yang bukan beragama Islam perlu berpakaian sopan.

Namun menurut pengasasnya, penerbangan itu tetap mengalu-alukan penumpang daripada mana-mana kepercayaan.

2. Bukan penerbangan Islamik pertama di dunia

Ada beberapa syarikat penerbangan dari negara-negara Islam yang menggariskan syariat Islam dalam menu dan peraturan termasuk Royal Brunie, Saudi Arabian dan Iran.

Firnas Airways yang merancang untuk melancarkan penerbangan ke Asia Selatan tahun depan juga menawarkan menu halal dan tiada minuman alkohol dihidangkan dalam penerbangan serta menggunakan kewangan tanpa faedah yang mengikut syariat Islam.

3.Pemiliknya bukan Islam

Media India melaporkan pengasas penerbangan itu, Ravi dan isterinya, Karthiyani beragama Hindu.

Melalui laporan media juga, Ravi berkata dalam rangka untuk mereka menembusi pasaran orang Islam yang gemar melancong, penerbangannya juga mesti menarik penumpang lain.

4. Jangan keliru dengan penerbangan Ireland

Nama penerbangan ini seakan-akan penerbangan kos rendah Ireland, RyanAir namun nama Rayani Air diambil sempena nama pasangan pengasasnya, Ravi dan Karthiyani.

5. Bercita-cita tinggi

Rayani Air menawarkan penerbangan domestik ke Langkawi dan Kota Bharu dari Klia2 serta merancang untuk menambah lagi lokasi penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching serta beberapa destinasi lain Januari hadapan.

Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 yang mampu menempatkan 188 penumpang.

Syarikat penerbangan ini mempunyai 350 kakitangan dan merancang untuk menambah penerbangan ke Indonesia dan Filipina dalam masa akan datang.

Rayani Air juga menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji.

Sumber : Sinar Harian

COMMENTS

Lazada Malaysia
-
Nama

Aiskrim Art Bunga Cable Car Langkawi Cafe Chinese Food Desaru Fakta Food Review Gambar Gayat Homestay Indonesia Ipoh Istanbul Johor Kedah Kota Tinggi Kuala Lumpur Langkawi Langkawi Skycab Lenggong Luar Negara Makanan Maldives N. Sembilan Pahang Pantai Timur Perak Percutian Pulau Pulau Langkawi Pulau Perhentian Resort Sabah Selangor selfie swafoto Terengganu Terkini Tips Travel Trend Waterpark
false
ltr
item
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik: 5 Fakta Menarik Tentang Rayani Air Yang Korang Perlu Tahu
5 Fakta Menarik Tentang Rayani Air Yang Korang Perlu Tahu
Kalerful.com - Rayani Air adalah syarikt penerbangan yang membuat penerbangan sulung pada 20 Disember lalu mencuri tumpuan dunia apabila memilih untuk menjadi syarikat penerbangan yang patuh syariah pertama di Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-65Yhz0ZMCWU/VoSOAkxmVnI/AAAAAAAAAYI/N5M24fhOzAo/s320/Apa%2Byang%2Bmenarik%2Btentang%2BRayani%2BAir-1.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-65Yhz0ZMCWU/VoSOAkxmVnI/AAAAAAAAAYI/N5M24fhOzAo/s72-c/Apa%2Byang%2Bmenarik%2Btentang%2BRayani%2BAir-1.jpg
Kalerful - Destinasi Makan dan Travel Menarik
https://www.kalerful.com/2015/12/5-fakta-menarik-tentang-rayani-air-yang.html
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/
https://www.kalerful.com/2015/12/5-fakta-menarik-tentang-rayani-air-yang.html
true
2044314096369409462
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy